CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

Ayam Pedas Madu Brempah

resepi nie sha copy dr sis noreen homecooking. aduhhhh sedap tul!!!

Bahan-bahan:
6 ketul ayam
4 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2cm halia - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu makan cuka makan
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

cara:

1. ayam digaul dengan serbuk kunyit, garam dan rempah kari. goreng kekuningan dan ketepikan
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk dan serai hingga wangi
3. setelah itu masukkan pula cili kisar dan kacau rata
4. kemudian masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis, gaul sebentar. setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi, cuka, sos cili, madu, gula dan garam secukup rasa
5. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dengan rempahnya
6. bolehlah dihidangkan bersama dengan nasi

0 comments: