CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 16, 2008

Pajeri Nenas


1st time sha buat pejeri nenas. permintaan hubby hs. alhamdulillah bjaya gak sha buat.. menepati citarasa my hubby.

1 biji nenas, potong kecil3
4 sudu besar minyak
gula n garam sckupnya
2 sudu besar kerisik
6 sudu besar rempah kari daging/ayam, bancuh dengan air

Bahan tumbuk/kisar
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Bahan A
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 bunga cengkih
2 buah pelaga

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bhn A. Tumis bahan tumbuk.
Masukkn rempah kari yang digaul dengan air.
Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
Masukkan garam serta gula. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

p/s: sha xletak santan pasai if buat kari mmg sha xletak santan.

0 comments: