CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 18, 2008

Kari Ayam Stail Cina

dah lama sha xmasak.. last weekend balik melaka visit nenek.. sha n hubby lepak otel equatorial.. beso tul deluxe room. dekat gan Mahkota Parade n Dataran Pahlawan. skodeng blog sis jun.. try buat kari stail cina. sha ubah sket sbb x ckup bahan.

4 ketul ayam
2 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu kici serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
2 serai-ketuk
1 tangkai daun kari
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
4 cengkih
garam
5 bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk

tumis bahan tumbuk, serai n daun kari. masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, cili, serbuk kari, rempah n kacau. masukkan 2 sudu besar santan, kacau lagi. masukkan ayam, 1/2 cawan santan, kacau n didihkan. masukkan semua santan n didihkan perlahan2. masukkan garam n masak hingga naik minyak.

0 comments: