CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 29, 2008

Udang Bersos Hoisin

resepi nie sha try dr blog mat gebu. aduhhh mmg sedap ler. abg mat, sha copy yea. malas nk typed,.. jgn mare tau. sha minta izin nie.

1 pokok brokoli, dipotong sekuntum2
5 batang putih jagung, belah 2 setiap 1 (jagung sha xde so sha xletak eheh)
300 g udang bersaiz sederhana besar, dibersihkan
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi, hiris halus
1/2 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos Hoisin
1/2 camca teh minyak bijan
Secubit gula
1/3 cawan air

Tabur sedikit garam halus pada brokoli dan putik jagung, kukus hingga masak tetapi masig rangup (kukus lebih kurang 2 minit utk brokoli dan 45 saat untuk putih jagung). Udang digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, angkat dan tos, ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan sos hoisin, kacau rata dan tuang air, masukkan minyak bijan dan secubit gula. Bila mendidih, masuk cili padi. Masak hingga kuah pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api.
Susun brokoli dan putih jagung dalam pinggan mengikut kreativiti masing2, letakkan udang ditengah2 dan curah no. 2 atas udang tadi. Ratakan sosnya dan jika suka boleh tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera.

0 comments: