CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

Ayam Masak Merah Resepi Sis Noreen

fav sha n my hubby.. janji pedas :) buat sket je psai petang pas solat jumaat (23 jan) nk btolak ke kedah. resepi sha copy dr sis noreen. tq sis


4 ketul ayam
kacang peas
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 tangkai cili kering
5 biji cili hidup
3cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji buah tomato
2 sudu besar sos tomato

cara:
ayam dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit
goreng separuh masak dan ketepikan
dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
setelah itu masukkan ayam goreng tadi, kacang peas, bawang pesar, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
gaulkan semua bahan sehingga sebati
angkat dan hidangkan

note: ayam masak merah nie lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati. --------> yea mmg btul. sha buat malam jumaat.. esok pagi sha panaskn.. ermmmm mmg sedapppp

0 comments: