CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

Ikan Kerisi Sambal Pedas

resepi nie sha cilok dr sis noreen.. arini lauk sha semua yea pedas2.. i like!!!!


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kerisi
1 bijibawang besar - dihiris bulat
1 biji buah tomato - dipotong 8
sedikit serbuk kunyit
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 batang cili merah
7 biji cili padi merah
7 biji cili padi hijau
1 inci belacan

cara:
panaskan minyak di dalam kuali
lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam
goreng dan ketepikan
kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan2 kisar dengan menggunakan api yang sederhana kecil sehingga bangkit baunya
pastikan rempah sentiasa dikacau
bila rempah sudah mula kering dan garing, masukkan garam, gula dan serbuk perasa
kacau rata
masukkan pula bawang besar dan gaulkan sebentar
setelah itu masukkan ikan goreng tadi an gaulkan sehingga ikan sebati dengan rempahnya
akhir sekali masukkan buah tomato
gaul rata dan biarkan buah tomato layu sedikit
angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

0 comments: