CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

Ikan Bilis Goreng Pedas

sgenggam ikan bilis
bwg beso hiris nipis
7 biji cili padi hiris nipis2

goreng ikan bilis shingga garing. jangan tlalu garing sangat.
agak2 dah masak, masukkn bwg beso n cili padi.
kacau sbati.

Udang Tumis Halia


again resepi from sis jun.

5 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
2 cili hijau-hiris
5cm halia-hiris
2 sudu besar sos tomato
1 sudu makan kicap pekat manis
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu teh jus limau nipis
sedikit air (jika perlu)
minyak


tumis bawang2, halia, n cili hijau. masukkan sotong, kacau. masukkan sos tomato n kicap. masukkan garam n gula. masukkan air (jun x isi) n jus limau. kacau rata, agak pekat, angkat

Ayam Hitam Manis

resepi asal daging tp sha tukar ke ayam. resepi dr sis jun.

ayam
1 in halia-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 biji bawang bombay-mayang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
air
minyak

panaskan minyak, goreng daging hingga berubah warna, angkat.tumis bahan kisar hingga wangi. masukkan cili n biar hingga garing. masukkan kicap, sos tiram, sos cili n air sket. kacau, masukkan ayam n masak rata. biar hingga ayam empuk (jika perlu, masukkan sedikit lagi air). akhir skali, masukkan bawang besar, masak sekejap, angkat.

Wednesday, January 28, 2009

Ikan Kerisi Sambal Pedas

resepi nie sha cilok dr sis noreen.. arini lauk sha semua yea pedas2.. i like!!!!


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kerisi
1 bijibawang besar - dihiris bulat
1 biji buah tomato - dipotong 8
sedikit serbuk kunyit
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 batang cili merah
7 biji cili padi merah
7 biji cili padi hijau
1 inci belacan

cara:
panaskan minyak di dalam kuali
lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam
goreng dan ketepikan
kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan2 kisar dengan menggunakan api yang sederhana kecil sehingga bangkit baunya
pastikan rempah sentiasa dikacau
bila rempah sudah mula kering dan garing, masukkan garam, gula dan serbuk perasa
kacau rata
masukkan pula bawang besar dan gaulkan sebentar
setelah itu masukkan ikan goreng tadi an gaulkan sehingga ikan sebati dengan rempahnya
akhir sekali masukkan buah tomato
gaul rata dan biarkan buah tomato layu sedikit
angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

Ayam Masak Merah Resepi Sis Noreen

fav sha n my hubby.. janji pedas :) buat sket je psai petang pas solat jumaat (23 jan) nk btolak ke kedah. resepi sha copy dr sis noreen. tq sis


4 ketul ayam
kacang peas
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 tangkai cili kering
5 biji cili hidup
3cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji buah tomato
2 sudu besar sos tomato

cara:
ayam dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit
goreng separuh masak dan ketepikan
dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
setelah itu masukkan ayam goreng tadi, kacang peas, bawang pesar, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
gaulkan semua bahan sehingga sebati
angkat dan hidangkan

note: ayam masak merah nie lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati. --------> yea mmg btul. sha buat malam jumaat.. esok pagi sha panaskn.. ermmmm mmg sedapppp

Lemak Cili Api Telur Itik Bsama Belimbing Muda

ade pun telur itik masa g pasar.. nie sha buat utk diri sha. terbanyak lak kuah smpai tenggelam telur itik n belimbing tu..


2 biji telur itik
1 biji bwg merah - tumbuk/kisar
5 cili padi - tumbuk / kisar
serai d tumbuk
serbuk kunyit 0r kunyit yg dikisar bsama santan
santan pekat - sha suka guna santan pekat.. xsuka kuah cair
1 keping asam keping
garam sckupnya
3 biji belimbing muda

masukkn bwg merah, cili padi n santan. kacau sbati.
agak2 hampir mdidih, masukkn telur satu demi satu bsama gan belimbing muda.
agak2 telur dh masak, masukn garam n asam keping. kacau sbati.

Sunday, January 18, 2009

Daging Masak Merah


resepi dr sis jun.

250gm daging
1 biji bawang besar-hiris bulat
2 ulas bawang putih-ketuk
3 sudu besar cili kisar
sos tomato
kicap cair
sos ikan
garam (jika perlu)
air sket
minyak

rebus daging (kalu nak isi kaler merah pon boleh). hiris daging yg dah direbus tadi.panaskan minyak, tumis bawang putih n cili kering hingga naik minyak. masukkan sos tomato n daging. masukkan kicap cair n sos ikan. bila agak kering, masukkan bawang hiris, kacau rata, angkat.

Ayam Goreng Bercili


6 ketul ayam goreng dulu
1/2 biji bawang besar-cincang/dadu kecil
2 ulas bawang putih-cincang
7 cili merah n cili api-kisar kasar or halus
1 biji tomato-cincang
1 sudu makan gula
garam sckupnya

panaskan minyak, tumis semua bahan cincang n kisar hingga nasik bau. masukkan garam n gula, gaul rata. masukkan ayam, gaul rata, angkat.

Thursday, January 15, 2009

Udang Goreng Pepper

3 ekor udang beso
serbuk kunyit
lada sulah

gaulkn gan udang. goreng shingga garing.

Udang Masak Sweet N Sour

Another simple recipe by sis jun.. sha tukang cuba je hehhe

300gm udang sederhana
1 biji capsicum-hiris
1 biji bawang besar-hiris
5 ulas bawang putih-ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 serai dketuk
3 helai daun limau purut.. xletak pun xpe. kat umah sha byk sgt :)
garam n minyak

udang goreng dulu gan kunyit.
tumis bawang putih hingga wangi. masukkan sos cili n tomato dan bahan2 lain kecuali udang. gaul rata. masukkan udang n kacau lagi hingga sebati. biarkan sekejap, kacau n angkat.

Ikan Bilis Kicap

easy to cook. makan gan nasi panas2 best ooo.

sgenggam ikan bilis
bwg beso hiris nipis
5 biji cili padi
kicap manis cap kipas udang

goreng ikan bilis shingga garing. ketepikan.
masukkn 1 sudu minyak, goreng bwg beso n cili padi hingga garing.
masukkn kicap manis, kacau n tutup api.
masukkn ikan bilis, kacau sbati.

Taugeh Goreng Mentega


taugeh
2 sudu beso sos tiram
bwg putih hiris
capsicum potong dadu
minyak bijan
1 kpg butter

masukkn butter n bwg putih. agak2 garing, masukkn minyak bijan n sos tiram.
mcasukkan taugeh, capcisum n kacau.

Ayam Bercili Sos

nama aje bercili tp x pedas la...yg penting hubby leh makan..another chinese recipe..


6 ketul ayam
1 bawang besar
4 keping halia
3 cili kering-potong 1cm
1 cili merah-potong
1 cili hijau capsicum-potong
2 sudu cili kisar
1 sudu besar bawang putih cincang
minyak

bahan perasa:-
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh sos worcestershire
1 sudu teh kicap

ayam goreng dahulu yea n ketepikan.
tumis cili kering dan bawang putih hingga naik bau.
masukkan bawang besar, halia n cili kisar.
agak2 dh terbit minyak, masukn cili merah, capsicum.
kemudian masukkan bahan perasa dan kacau hingga rata. masukkn ayam.hidangkan.

Sotong Hitam Manis

resepi dr sis jun.. sha dok copy paste siap print agi supaya igt.. nie menu utk dis week.. esok menu lain akan dtg.. semua yea dr sis jun.

300gm sotong
1 serai-ketuk
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan bawang merah+bawang putih+halia yg dikisar
2 daun limau purut
garam n perasa jika suka

tumis bahan tumbuk hingga wangi. masukkan kicap, kacau. masukkan air sket. masukkan serai n daun limau, didihkan. masukkan sotong, garam n perasa, kacau rata n didihkan. angkat.

Chicken Fillets in Creamy Sauce

sha tried from recipe sis jun.. ermmm love it.

chicken fillets
3 sprig of curry leaves
4 bird eyes chilies or one big red chili - cut small or chopped
1 cup of evaporated milk
salt and pepper
1 tsp of sugar

Seasoning
1 tsp of salt
1/2 tsp of pepper
1/4 tsp of garlic powder
1/2 tsp of paprika
1 egg white
3 tbsp of cornstarch


1) season it with salt, pepper, garlic powder, paprika and egg white and set it aside for 30 minutes.
2) Heat up some oil and lightly coat the chicken fillet with cornstarch. Fry the chicken until golden brown, dish out, drain the oil and set it aside.
3) Remove oil from the pan and leave about 1 tbsp and stir fry the curry leaves and chili until fragrant. Add in the milk and bring it up to boil. Add in salt, pepper and sugar and reduce the milk to half and sauce thicken.
4) Add in the chicken and let it come up to boil again and sauce thicken. Check seasoning. Dish out and serve with warm rice.

Monday, January 12, 2009

Baby Kailan Sos Tiram


so simple so easy so niceeee :)

bwg putih ketuk2
sudu sos tiram
seikat sayur baby kailan

tumis bwg putih hingga garing sket.
masukkn sdikit air n sos tiram. kacau.
masukkn baby kailan, tutu api. kacau sbati,

Friday, January 9, 2009

Ayam Goreng Pepper

menu plg senang..

serbuk kunyit
serbuk lada putih

gaul gan ayam. goreng shingga garing.

p/s: sha x bubuh garam psai serbuk kunyit sha dh rasa masin. psssttt sha jenis kurg garam.

Thursday, January 8, 2009

Lemak Cili Padi Udang Goreng

lauk dia sama je gan lemak cili api udang.. cuma udang dia sha goreng dulu.


6 udang sederhana
1 biji bwg merah kisar
7 cili padi kisar
3 serai d tumbuk
serbuk kunyit 0r kunyit yg dikisar bsama santan
santan pekat - sha suka guna santan pekat.. xsuka kuah cair
garam sckupnya

udang goreng terlebih dahulu. ketepikan.
masukkn bwg merah, cili padi n santan. kacau sbati.
agak2 hampir mdidih, masukkn udang.
agak2 udang dh masak, masukn garam n asam keping. kacau sbati.

Nasi Goreng Halia

I think fried rice is one of the easiest dish to make. You can throw almost anything in and it will still taste great!Recipe from sis jun.


3 mangkuk nasi
2 biji telur
sedikit garam n pepper
50gm halia-hiris halus
50gm ikan bilis-bilas
3-4 sudu besar minyak bijan

bahan perasa:-
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pepper
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh gula
sedikit serbuk lada hitam

goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan. panaskan minyak bijan, goreng halia hingga garing, angkat n ketepikan. tambah minyak bijan lagi, pecahkan telur n letak sedikit garam n pepper. masukkan nasi n kacau hingga rata. masukkan semua bahan perasa n goreng sebati. masukkan halia, kacau. masukkan ikan bilis, kacau lagi. angkat n hiaskan ngan daun ketumbar potong.

Tuesday, January 6, 2009

Maggi Goreng

boring makan lauk everyday yesterday sha masak maggi goreng. sedap dmakan senang dmasak

maggi drebus n toskan airnya
5 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
2 sudu besar cili kisar
daging ikut suka
sos tiram
kicap manis

tumis bwg merah, bwg putih. masukkn cili kisar.
dh terbit minyak, masukkn daging.
masukn sos tiram + kicap manis. kacau sbati.
masukkn maggi n kacau sbati.

Udang Cili Kasturi

yesterday im quit tired n feel bored to cook. my hubby suggested dine out but im too lazy. whatever left in my fridge i just take out n start to cook. its turn out as simple n delicious dish :)

7 ekor udang sederhana besar
1 biji bwg beso hiris nipis
1/2 capsicum-dadu
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
2 biji limau kasturi-ambik jus

goreng udang gan kunyit shingga garing. ketepikan.
tumis bwg beso hingga wangi.
masukkan sos tiram n sos cili.
masukkan udang n jus kasturi. biar hingga masak rata n angkat.

Saturday, January 3, 2009

Ayam Goreng Teriyaki

dish nie biasa je.. sha xtahu nk masak ape.. tgok ade sos teriyaki dlm fridge.. bole la try.

5 ketul ayam
1 keping butter
2 sudu beso sos teriyaki
pepper

marinate slama 1 hr or more..
goreng shingga garing.

p/s: bole d grill or bake

Dendeng Daging Ala Sha


sgenggam daging batang pinang.. sha x timbang so xtahu brp beratnya..
sgenggam cili kering + 20 biji bawang merah-kisar sekali
sparuh hirisan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
garam
1/2 cawan minyak
1 biji bawang beso cincang dadu

panaskan minyak, goreng daging shingga hampir masak. pastu masukkn bwg beso. goreng shingga hampir layu.
angkat n ketepikan.
tumis bahan kisar hingga pecah minyak. masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa n garam.
kacau n biar pecah minyak n kering sket.
masukkan daging n bwg beso, kacau rata.